Friday, April 30, 2010

dengarlah wahai sahabatku.........


apabila kamu ingin berteman,

janganlah pandang pada kelebihannya

kerana mungkin dengan satu kekurangan kamu akan menjauhinya.....



andai ingin berteman,

janganlah pula dinilai kebaikannya

kerana mungkin dengan satu kelemahan kamu akan membencinya...



andai ingin berteman yang satu,

janganlah diuji akan ilmunya

kerana apabila dia buntu kamu akan menyisihnya....



andai ingin berteman,

terimalah seadanya kerana dia hanya manusia biasa....


Maka,berkawanlah kerana Allah.Moga ukhuwwah yang terbina sentiasa diberkati-Nya...Amin..



..::Teman::..



ada masa kita perlu menangis

agar kita mengerti bahawa hidup ini bukan hanya untuk ketawa


ada masa kita perlu ketawa

agar kita tahu bernilainya setitis air mata


ada masa kita perlukan seorang teman

agar kita tidak kesunyian


ada masa kita tidak akan pernah lupa

betapa bernilainya seorang teman..

No comments:

Post a Comment