Wednesday, September 29, 2010

Mengumpat seperti makan daging saudara sendiri

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
 dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan      emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita..
tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Thursday, August 19, 2010

untukmu ADAM dan HAWA

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

DAN

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam

Cinta vs. Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka.Umpama kita membuang telinga kita.
Tapi jika kita cuba menutup mata. Cintaberbuah menjadi airmata.Setiap orang akan mengalami ini dalamhidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tuesday, August 10, 2010

Buat Gadis Kesayanganku

Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah

Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

 

Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama.
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”


Monday, May 31, 2010

Jangan Jadikan Cinta Kita Fitnah!!!


Lets Love For The Sake of Allah..
Cinta itu..Anugerah dari Allah..
Cinta itu...Fitrah
Cinta adalah maruah manusia.Ia terllau mulia

NALURI adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
NALURI ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah

Kalau NALURI tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.
Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.TIDAK!!!

Islam tidak suruh membunuh NALURI seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami.Jangan nafikan NALURI ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri.

Bukan salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya.

Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akna hambar tanpa NALURI nafsu.

"TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH??ITUPUN ZINA JUGA KE???"
-Betul!Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan MEGHAMPIRI ZINA. Memang pada awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan megheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan dan terterusan.

ZINA ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.Ada ZINA TANGAN (berpegang-pegangan), ada ZINA MATA (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. ZINA HATI iaitu zina khayalanberahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: "kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua-dua kakinya juga berzina adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman."-(H.R Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

"kami tidak berzina"
'maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak meghampiri zina!'
"kami hanya berbual-bual..berbincang..bertanya khabar..minum-minum. Adakah itu menghampiri zina??"
'Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan'
"kami boleh mengawal perasaan dan kami tidakberniat ke arah itu."

Hari ini, ya...Besok, mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat ahlus. Ia telah menuipu nenek moyang kita yang pertama...Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? ia ada lebih 1001 cara.

Wednesday, May 5, 2010

allah yg maha adil


Wanita


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.



Lelaki



Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???


Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.



Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.



TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.






Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.



Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :



1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :



1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :



1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya





Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Monday, May 3, 2010

adamaya


assalamualaikum w.b.t.
ape kaba shbt2, kwn2, teman2, sedare2, sdari2 skalian......
salam ukhwah dari ana, aku, saye, beta, patik.....

Korg sume mst pnh tgk cerite adamaya ni kn. Klu x slalu pon, plg krng pon skali la kn. Yg dtayangkn hari isnin-khamis (klu x silap) pukul 6.30 ptg, kn. Bez kn cerite die. Menarik minat trutama nye remaja mcm kte ni yg tringin nk brcinte atau ade yg sdng brcinte. Betol x kwn2??

Tp, aku nk tmbulkn stu prsoalan kt korg. Adakah korg tgk crite tu hnye utk hiburan smate2 atau adakah korg pnh mncari pengajaran dn ksimpulan dari cerite tu??

Kt cni aku nk share stu pngjrn yg aku dpt dari cerite tu. Klu korg nk share gak sile la. Jgn mlu jgn segan. X de yg btl dn x de yg slh. Kte cme mngutarakn pndpt kte je.

Pngjrn yg aku dpt ialah, kte jgnla skali2 brcinte sblm brkahwin atau lbh dkenali sbg 'cinte monyet'. Klu kte tgk dr cerite td tu, kte dpt lihat maya pnh brcnte dgn sorg llaki brname dani stu ktk dlu kn. Tp cnte dorg x ksmpaian sbb maya dpkse kwen dgn adam. Mle2 mmg ssh dorg nk trime tp lme2 maya dh mle cnte kn adam dn nk lpekn dani, cnte prtama die. Tp lbh krng 5 thn pas tu, adam dn maya pon dh dpt anak. Tp dorg mle brgdh dn cnte maya pada dani mle brputik blk. (smpai cni jela cerite die stakat ni kot).

Apa yg aku nk highlight kn kt korg, cbe korg tgk. Maya dh mle brlaku curang pd suami nye dn rmh tngge dorg dh mle goyah. Ini dsbbkn maya dh tringt blk knangn terindh nye ktk brnte dgn cnte prtame nye. Yg si dani ni plak x pts asa mngejar si maya ni. Die x pduli yg maya ni dh kwen, dh ade ank.

So, pngjrn utk kte sume, jgn skali2 brcinte sblm brkhwn. Cnte tu suatu angrh yg sgt brnilai yg dkurniakn Allah kpd mkhluknye. So, jgnla kte mmprmaen2 kn krniaan Allah ni. Cnte tu shrsnye hdr brsme rse tnggngjwb dn kprcayaan yg brtikarkn pd ketaatan kpd sang Pencipta.

Brkahwen atau mmbina masjid ni mrupkn stu prkare yg sgt mulia. Nme pon bina msjd. Jgnla kte robohkn msjd yg kte bina hnye krn tringt akn kekaseh lme. Pertengkaran adlh prkare biase dlm rmh tngge. Sdngkn lidah lg trgigit. Tp apbile brlaku prtngkrn, syaitan akn mle mncucuk2 kte. Mse tu kte akn mle brmonolog, 'klu aku kwen ngn cnte prtame aku tu dlu, rse nye x de brgdh cm ni'. Mse tu mle la kte tringt blk kngan indh kte mse brsme kksh lme. Dn mle la brputik blk cnte yg dh lme padam tu. Akhirnye, msjd yg dh lme didirikn tu pon runtuh.

Kt cni aku nk share ngn korg ssuatu. Ust Zaini, ust yg aja arab kt SMKA SHAMS mrngkap ktue warden mrngkap murabbi aku pnh ckp kt aku. Die kate cnte monyet ni mrosakkn rmh tngge je. Si suami akn ceraikn isteri hnye krn ingn kmbli kpd kksh lme. Si isteri akn brlaku khulu' (derhaka) pd suami dek krn cnte kn smule si cnte prtame nye tu. Akhirnye, rumah kt mne, tngge plak kt mne. Yg tnggl bukit tangga kt jelebu je. (ayt tmbhn. hehe....)

Ingt, cnte sorg wanita itu adlh hak suaminye dan cnte sorg llaki pula adlh hak isteri nye. So, sme2 la kte jg hak msng2. Klu kte nk kn isteri atau suami yg solehah atau soleh, kte knela jd soleh atau solehah dlu. Sbb Allah ade brfirman, "laki2 yg baek itu adlh utk wanita yg baek dan wanita yg baek itu adlh utk laki2 yg baek".

Lg pon, ade ke istilah 'couple' dlm islam? Nabi pnh brkapel ke?? Allah ade aja ke care2 nk kapel?? Allah ade bg tau ke faedah2 brkapel?? Rsenye x de kn. Tp nape kte mandai2 je nk buat ape yg nabi x aja?? Nape kte buat ape yg Allah x suruh?? Tp ape yg Allah suruh kte x buat plak. Tu la mnusie. Pelik. Ape yg dsuruh sume x buat. Ade je alsn. Tp ape yg dlarang sume kte buat. Allah suruh kte solat tp kte x buat. Klu buat pon x pnh dn x khusyuk. Allah larang kte brzina tp kte buat jugak. (Utk pngthuan, kapel jg trmsk dlm kategori zina iaitu zina hati).

So, pas ni nk brcnte mnyt lg x??? Nk kapel2 lg x??? Aku bkn nk mmkse korg tp aku juz nk bg nasihat. Sbg muslim, mnjd tnggngjwb kte utk slng mnasihati dn mmpringti stu sme laen. Ingtla, kte ni mude lg. Tenaga kte msh kuat. Ape slhnye kte sumbangkn tenaga yg Allah kurniakn ni utk tgkkn smule syiar Islam yg makin hari makin pudar. Korg x sdh ke tgk kt srt kaba stiap hari ade je kes buang bayi. Korg x sedih ke tgk maruah sedare kte makin hari makin trcalar.

Say "NO" to couple.......

Berjuang utk Islam..........
Ingt, Khilafah Islamiah adlh target kte..........

Barakallahu fi kum.......

hasil nukilan Muhammad b. Muhammad Roslan

Friday, April 30, 2010

dengarlah wahai sahabatku.........


apabila kamu ingin berteman,

janganlah pandang pada kelebihannya

kerana mungkin dengan satu kekurangan kamu akan menjauhinya.....



andai ingin berteman,

janganlah pula dinilai kebaikannya

kerana mungkin dengan satu kelemahan kamu akan membencinya...



andai ingin berteman yang satu,

janganlah diuji akan ilmunya

kerana apabila dia buntu kamu akan menyisihnya....



andai ingin berteman,

terimalah seadanya kerana dia hanya manusia biasa....


Maka,berkawanlah kerana Allah.Moga ukhuwwah yang terbina sentiasa diberkati-Nya...Amin..



..::Teman::..



ada masa kita perlu menangis

agar kita mengerti bahawa hidup ini bukan hanya untuk ketawa


ada masa kita perlu ketawa

agar kita tahu bernilainya setitis air mata


ada masa kita perlukan seorang teman

agar kita tidak kesunyian


ada masa kita tidak akan pernah lupa

betapa bernilainya seorang teman..

Monday, April 26, 2010


Hai Nabi,suruhlah isteri-iasterimu...dan anak-anak perempuanmu...serta perempuan-perempuan yang beriman...supaya labuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar),cara yang demikian lebih sesuain untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik,maka dengan itu,mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun ,lagi Maha Mengasihani

-Al-Ahzab 33:59-

Friday, April 23, 2010

hadis Rasulullah dan firman Allah


Hadits Rasulullah SAW,yang diriwayatkan oleh Hakim, Khatib,Ibnu Asakir,dan Dailami : “Barang siapa yang jatuh cinta (kepada lawan jenis), kemudian dia tetap menjaga kesucian dirinya dan menyembunyikan rasa cintanya, lalu mati, maka dia mati syahid,”


Hadist riwayat Ali ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah engkau berdusta mengatasnamakan aku, karena sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku, maka ia akan masuk neraka"


“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja,karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.” (HR.BUKHARI,ABU DAWUD,TIRMIDZI,DAN IBNU MAJAH,DARI ABU HURAIRAH).


"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda, “Pukullah anak-anakmu karena meninggalkan shalat pada usia sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan) pada usia sembilan tahun, dan kawinkanlah pada usia tujuh belas tahun jika memungkinkan.” (HR Ibnus-Sunni dalam Awwalul Yaumi wal-Lail)

"Barangsiapa yang mampu menahan marahnya padahal dia mampu menyalurkannya, maka Allah menyeru pada hari kiamat dari atas khalayak makhluk sampai disuruh memilih bidadari mana yang mereka mau."(HR. Ahmad dengan sanad hasan)

DAHSYATNYA CINTA


"Sungguh cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat,dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta mampu melembutkan besi,menghancurkan batu karang,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.Inilah dahsyatnya cinta".

ape2 je la....


ape la dorang ni....bnde kecik pon nk kecoh2....umo da 16...bkn nye 6 thn...rilek sudah...ape yg payah nye????daripada pening otak n saket hati memikir kn bende2 merepek tu...bek kite pk pasal bnde lain...mcm SPM thn dpn ke....nk kawen bile ke...ade la jgk faedah nye...ni...bnde kecik mcm tu pon bantai gi pk...aduhai...dewasalah cket wahai sahabat2 ku....Nabi kite x suke kite bergaduh sesama muslim...kate sayang Nabi Muhammad...alahai...:)

Friday, April 16, 2010


Ya Allah!!!rindunye aku pada muke2 ni....rinduuuuuuu sangat....kenangan ngan dorang masih segar dalam kepala otak aku ni.....mase aku kacau2 dorang....gi iron ngan kawan2....time x de air curi2 balik umah org...rindu sgt sume tu...gelak tawa ketika bersama mareka semua...musuh jd kawan baik...mcm2 lagi...harap sangat dapat lalui mase tu blk nagn dorang...guys...miss u all so much!!!!


~~ukhwah fillah abadan abada~~

Tuesday, April 6, 2010

Hati yang SEJAHTERA adalah hati yang......

.....kenal dan mencintai Allah s.w.t dan takut kepada-Nya.

.....meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya,secara konsisten.

.....dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan Allah.

.....bebas daripada pengaruh amarah syahwat dan syaitan.

....dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.

.....sentiasa tawaduk dan merendah diri.

....ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan sert sangat benci segala bentuk kejahatan, walau sekecil mana sekalipun.

5 perkara ubat hati

1.Baca Quran dan maknanya
2.Solat malam(qiamulail)
3.Berkumpulan dengan orang soleh...
4.Banyakkan berpuasa
5.Zikir malam berpanjangan..

-siapa boley menjalani salah satu daripadanya, semoga Allah s.w.t merahmati....

Lima Perkara Perosak Hati

www.iLuvislam.com
dihantar oleh : aLjaNNaH_firDaus
editor : almusafirq8

Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah perlu dan wajib.
Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1. Bergaul dengan banyak kalangan
"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

2. Larut dalam angan-angan kosong

3. Bergantung kepada selain Allah
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)


"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.


4. Makanan
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5. Banyak tidur

CINTA ATAU NAFSU??????

Kesimpulan

Seks dan zina bukanlah perkara remeh dan tidak boleh di pandang enteng. Seharusnya gejala tidak sihat ini di bendung dan di banteras. Jika terus dibiarkan ia ibarat barah yang merosakkan sesuatu bangsa dan agama. Jika ia terus di biarkan, sesebuah institusi pernikahan tidak lagi dipandang tinggi. Susur galur keturunan dan nasab juga menjadi celaru. Anak luar nikah kian bertambah. Kes pengguguran dan buang bayi pula meningkat. Dosa dan pahala dipandang ringan. Syurga dan neraka bagaikan tiada beza. Kita sayang keturunan kita. Kita sayang agama kita. Kita sayang bangsa dan negara kita. Tapi bagaimana kita ingin mengatasi permasalahan ini? Adakah memadai dengan memeluk tubuh dan menggelengkan kepala?

"Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah kejahatan dan keji perjalanannya"

"Bahawa sesungguhnya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yang mendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar"

Sedetik dua detik, saya berfikir sendirian..harus bagaimanakah percaturan ini ingin diteruskan?Semoga Tuhan terus memberikan kekuatan dan petunjuk, kepada saya dan seluruh umat manusia.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"

(Mereka berdoa dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Al-Baqarah: Ayat286]

Sekian, Wallahua'alam.




Monday, April 5, 2010

7 tip membaca secara aktif

  1. Kenali diri anda
  2. Kenali bahan bacaan anda
  3. Berhati-hati dengan bahan 'bacaan tambahan'
  4. Membuat perancangan dan sasaran sebelum membaca
  5. Catat persoala-persoalan yang timbul
  6. Jadikan buku itu 'milik' anda
  7. Buat rumusan dan kesimpulan

Nabi Musa tampar Malaikat Maut

Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Nabi Musa a.s untuk mengambil rohnya.Sebaik sahaja tiba,Nabi Musa terus menamparnya (sehingga terkeluar matanya)
Lalu Malaikat Maut pun kembali semula bertemu dengan Allah S.W.T seraya berkata:"Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian." Allah pun mengembalikan mata Malaikat Maut seraya berfirman:"Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan.Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya,maka baginya (umur) satu tahun."
Malaikat Maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa .Baginda bertanya:"Wahai Rabb. setelah itu apa pula?" Allah berfirman:"Kemudian kematian." Nabi Musa berkata:"Jika begitu,aku mahu kematian sekarang."
Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci sejauh lemparan batu.Kemudian,Rasulullah s.a.w memberitahu :"Jika aku berada di sana,tentu aku akan tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah." (Lihat Sahih Muslim,No:2372, Kitab Fadail,Bab keutamaan Musa a.s)
Dalam kisah ini,timbul 2 persoalan.Pertama,adakah malaikat mempunyai wajah yang sama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji mata?Kedua, perihal Nabi Musa yang dilihat semacam menafikan ajalnya,tidak mahu mati.
Mengikut pengajian ilmu Tauhid malaikat ialah makhluk yang tidak berjisim.Tidak sama seperti manusia.Namun,malaikat boleh menjelma menjadi manusia.Ini disebut oleh Allah dalam Al-Quran ,surah Maryam,ayat 16-19 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam rupa bentuk manusia.
Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya.Malaikat Maut diutuskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata: "Engkau mengutusku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian." Ini bermaksud, dia bertanya Nabi Musa sama ada bersedia dengan kematian atau tidak

-petikan Al-Kisah,Solusi-