
Lets Love For The Sake of Allah..
Cinta itu..Anugerah dari Allah..
Cinta itu...Fitrah
Cinta adalah maruah manusia.Ia terllau mulia
NALURI adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
NALURI ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah
Kalau NALURI tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.
Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.TIDAK!!!
Islam tidak suruh membunuh NALURI seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami.Jangan nafikan NALURI ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akna hambar tanpa NALURI nafsu.
"TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH??ITUPUN ZINA JUGA KE???"
-Betul!Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan MEGHAMPIRI ZINA. Memang pada awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan megheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan dan terterusan.
ZINA ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.Ada ZINA TANGAN (berpegang-pegangan), ada ZINA MATA (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. ZINA HATI iaitu zina khayalanberahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: "kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua-dua kakinya juga berzina adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman."-(H.R Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.
"kami tidak berzina"
'maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak meghampiri zina!'
"kami hanya berbual-bual..berbincang..bertanya khabar..minum-minum. Adakah itu menghampiri zina??"
'Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan'
"kami boleh mengawal perasaan dan kami tidakberniat ke arah itu."
Hari ini, ya...Besok, mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat ahlus. Ia telah menuipu nenek moyang kita yang pertama...Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? ia ada lebih 1001 cara.
.jpg)
